Terma & Syarat
Persatuan Sejarah Malaysia (PSM)
Kelayakan Keahlian
Semua warga negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berminat dengan tujuan PSM layak menjadi ahli.
Pendaftaran automatik akan Terbatal jika bukan warganegara Malaysia.
Permohonan hanya sah setelah dapat pengesahan dari jawatankuasa PSM.
Kategori Keahlian
Ahli Biasa
Warga Negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas boleh menjadi Ahli Biasa.
- Berhak mengambil bahagian dalam semua kegiatan PSM
- Yuran keahlian perlu diperbaharui setiap tahun
- Pendaftaran boleh dibuat secara online melalui sistem pendaftaran
Ahli Seumur Hidup
Warga Negara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas boleh menjadi Ahli Seumur Hidup.
- Berhak mengambil bahagian dalam semua kegiatan PSM
- Keahlian seumur hidup — tidak perlu memperbaharui yuran setiap tahun
- Permohonan perlu sertakan nama penyokong dan pencadang
- Permohonan perlu dihantar secara fizikal, borang boleh didapati di laman web Persatuan Sejarah Malaysia
Nota: Keahlian seumur hidup memberikan status istimewa dengan yuran sekali sahaja sepanjang hayat.
Ahli Penuntut
Pelajar sesebuah institusi pendidikan yang diakui, layak menjadi Ahli Penuntut.
- Seorang Ahli Penuntut berhak mendapat faedah Ahli Biasa
- Tidak berhak memegang jawatan sebagai Ahli Majlis atau Jawatankuasa Eksekutif
Nota: Pelajar Universiti atau Kolej Universiti boleh menjadi ahli dengan kebenaran dari Naib Canselor universiti berkenaan.
Ahli Institusi
Institusi yang diterima sebagai ahli oleh Jawatankuasa Eksekutif PSM layak menjadi Ahli Institusi yang berhak mengambil bahagian dalam semua kegiatan PSM.
- Untuk urusan pengundian, Ahli Institusi mempunyai hanya satu undi
- Berhak memegang jawatan dalam Majlis dan/atau sesuatu jawatankuasa PSM
Ahli Gabungan
Pertubuhan berdaftar lain yang berminat dan mempunyai tujuan yang hampir sama dengan PSM boleh memohon menjadi Ahli Gabungan.
- Setiap Ahli Gabungan mempunyai satu undi
- Berhak memegang jawatan dalam Majlis dan/atau sesuatu jawatankuasa PSM
Ahli Kehormat
Seseorang yang telah berjasa besar kepada PSM boleh dilantik menjadi Ahli Kehormat atas perakuan Jawatankuasa Eksekutif dan dipersetujui oleh Majlis. Individu tersebut perlu memberi persetujuannya secara bertulis.
Faedah
- • Dikecualikan daripada membayar yuran
- • Mempunyai hak sebagai Ahli Biasa
Had
- • Tidak berhak mengundi
- • Tidak berhak memegang jawatan PSM